Search

PERSOALAN MENGENAI DIFFENZ

1. Mengapa s...

  • Share this:

PERSOALAN MENGENAI DIFFENZ

1. Mengapa saiz tablet kelihatan berbeza?
Untuk memenuhi keperluan pasaran yang meningkat, kami telah menambah baik mesin pemprosesan tablet kepada yang berkapasiti tinggi. Mesin ini menghasilkan tablet dengan saiz yang berbeza.

2. Mengapa warna tablet kelihatan berbeza?
Warna tablet dipengaruhi oleh bahan iaitu blackcurrant. Kami telah memilih untuk menukar bahan mentah blackcurrant sebelum ini kepada bahan mentah blackcurrrant yang baru dan mempunyai kandungan gula semulajadi yang lebih rendah.

3. Bagaimana dengan bau tablet?
Bau tablet sama seperti sebelum ini. Namun, maklum balas mungkin berbeza bagi individu kerana deria rasa yang berbeza.

4. Mengapa Diffenz lebih mudah untuk cair di mulut?
Kami mengambil perhatian maklum balas dari pelanggan yang menginginkan tablet yang lebih mudah untuk dimakan.

5. Adakah rasa produk berbeza?
Ya. Rasa produk lebih masam kerana kami telah menukarkan bahan mentah yang mempunyai kandungan gula semulajadi yang lebih rendah.

6. Bagaimana dengan kandungan Vitamin C, Vitamin D, Cendawan Susu Harimau dan Camu-camu?
Kami di Eskayvie memberi jaminan bahawa kualiti dan mutu produk dikekalkan dan terkawal. Ramuan dan formulasi produk kekal sama iaitu Vitamin C, Vitamin D, Cendawan Susu Harimau dan Camu-camu yang akan memberi kesan terbaik menguatkan sistem imun badan sebagai ikhtiar dengan izin Allah.


Tags:

About author
not provided